Saturday, July 30, 2016

The truth

Recently ada terbaca IIUM Confession pasal ada orang cancel kahwin sebab si perempuan tak pandai masak [LINK] . Oh boy hanya tuhan yang tau betapa berdebarnya aku baca confession tu sebab aku antara kalangan orang yang tak pandai masak. Orang yang confess tu ada nyakan pendapat dia sebab2 perempuan tak pandai masak ni, and ada jugak la yang aku terima, and aku nak tambah haha. 

Welp, memang duduk kat uni takleh nak masak sebab mana boleh memasak kat kolej kan, kalau ko nak ikut ahmad maslan ikut la, but aku taknak. Antara sebab aku taknak ikut adalah sebab sebenarnya aku malas. Malas nak masak. Sanggup berlapar kot kalau kat hostel tu, kalau roomate pegi kafe baru minta tapau. 

Mula degree baru mula duduk hostel, so sejak lahir until form 6 aku duduk rumah bawah ketiak mama abah. Keinginan nak memasak tu takde langsung, takde langsung perasaan nak mula belajar masak tu. Memang mama je yang masak kat rumah. Kalau mama takde kat rumah, kami makan kat luar or mama dah siap masak kami tinggal nak panaskan je la lauk tu. Aku reti masak nasi ok n panaskan lauk. Tu aku reti la. Kalau tinggal sorang memang aku tak makan la jawabnyer. Or at least aku goreng telur / buat roti telur / megi. Tapi megi aku siap tambah sayur telur fishball sotong udang semua la. Bukan la megi kosong macam makan kat hostel, at least tu aku reti kahkahkah. 


Tapi lately ni aku rasa macam tersedo pulak yang aku ni sangat la kurang ilmu didapur. Rasa cemburu kat member yang hebat masak lauk gulai kari kurma semua tu. Umur dah 22 kot, bila nak mula pandai memasak? satgi grad, kerja, kawin. Tu pun kalau sempat kawin. Kalau dapat mak mertua yang macam dalam confession tu, haa tak sempat jadi mak mertua. Jadi pada suatu hari aku pun berazam untuk belajar masak. Sebab takut bakal mak mertua aku kansel perkahwinan aku sebab dapat tau aku tak pandai masak or if dah kawin, laki aku lari sebab aku tak pandai masak LOL 


Nasi goreng aku. Memang takde rupa, tapi atleast aku try wahahaha. Rasa ada, asalkan kenyang. 


Yang ni dah improve sikit dari segi rasa (dari segi presentation pun improve dah hahaha) 


Ni benda yang paling senang kot. Zaman tak pandai masak pun reti jugak masak spaghetti tapi goreng biasa je la. 



Tetiba suatu haritu mama balik serah bahan semua then cakap "nah masak, mama nak tido" 
Ko ghase??? Berdebor k nak masak untuk semua orang kat rumah (4 orang je pun) selama ni selalu masak untuk diri sendiri je. Time tu Allah je la tau lajunya jantung aku masak potong bawang cili bersihkan udang seemua. umang ai. Tapi alhamdulillah semua masih hidup until now haha. 


Attempted nak buat onion rings. Imagine benda mudah macam ni pun aku tak reti dulu tu. 


Saje nak letak sebab cantik hahaha. Kentang tu bukan frozen punya esehh. Sosej + telur tiru idea video jumpa kat instagram haha. 


Ni kes haritu craving, so aku challegne diri aku untuk buat sendiri. Alhamdulillah jadi. Mama memang ada sedia cili blend so senang la kan haha. Cheating la kira. 


Ni lauk siang tadi. Berdua dengan abang. Pun aku challegne diri aku untuk cuba masak instead of p makan luaq. Practice make perfect kan. 


Ni special haha. Believe it or not, ni first time aku buat kek batik. Orang komen suppose biskut pecahkan lagi kecik, supaya cantik bila potong. Ok next time buat lagi. 


Ha ni duuuuulu aku buat. Pernah ada zaman aku minat baking. But tatau kenapa minat tu tetiba stop. Gambar hokkaido cupcake aku tak jumpa pulak. 

Secara jujurnya aku masih lagi tak pandai masak. I am still learning, even umur dah 22 kan, but it is never too late to learn kan kan kannn. Tapi kalau korang suruh aku hias kek guna butter cream, haa tu aku hebat. Haritu kumpul gambar-gambar kek yang aku hias, macam boleh buat portfolio apply masuk kolej menghias kek (ade ke?) 





Aim aku adalah nak belajar masak lemak cili api, kari, kurma, carbonara, bolognaise etc. Senang cerita aku nak improve skill memasak aku la. Jangan kecam please haha. Walaupun effort aku setakat ni macam ape je, setakat greng sayur, udang suma tu, benda mudah, tapi at least aku cuba. Dulu sumpah aku tak pernah masak even sayur. 

Bila aku dah pandai masak benda yg hebat aku update lagi LOL













0 comments:

Post a Comment