Monday, January 13, 2014

Hello?

Assalamualaikum. Lama tak berjumpa. asyik post gambar je kan? hihi tak reti nak bercakap / tatau nak cakap pasal apa actually. hihi. 

so now aku sedang buat apa? typing this post lah actually, hahaha. now dah habis stpm ni, tolong mak kat kedai dia. tolong2 sikit ringankan beban chey. Ada orang tanya hows my STPM, it was okay! susah memang susah, sebab memang dah expect soalan STPM memang akan lain dari yang lain, lain dari soalan trial and soalan latihan yang diberikan oleh cikgu-cikgu semua. jadi bila tengok kertas soalan yang real, takde lah terkejut mana, and takde la tetiba rasa macam nak flip table kat dalam dewan exam tu (or in my case, dalam kelas peperiksaan, sebab kitorang jawab dalam kelas, sebab dewan budak SPM guna, well, SPM kan lebih penting daripada STPM) 

ada orang tanya lagi pulak, lepas ni nak sambung course apa? kat mana? for now serious talk lah kan, tatau lagi nak sambung course apa. dah fikir, tapi confuse. STPM ambil Ekonomi, so degree nak ambil apa? mungkin nak sambung business, tapi tah lah! tatau! tak pasti! nak kena solat isthikaharah, and nak pergi jumpa consultant lah nanti. nak mintak suggestion better sambung course apa. nak ikut result or ikut minat? orang kata kalau belajar apa yang aku minat nanti lebih fokus, tapi nanti perkara lama berulang. macam dulu, lepas spm. i selected TESL because i love English, BUT tetiba SPM BI B. so memang tak qualify untuk ambil TESL. Accounting was my second opt because masa SPM ambil Accounts. so bila result UPU keluar, aku tak dapat mana-mana. terpaksa masuk form 6, sebab tak apply Matriks. so now cemana? minat or what?

ada orang suggest, asal tak guna abang kau untuk dapatkan scholarship Petronas? or guna parents kau untuk scholarship MARA? haha, ini lawak. aku sendiri rasa aku tak yakin dengan result aku daripada stpm ni. bukan tak yakin, memang confirm takkan dapat scholarship / sponsorship pun lah! sem 1 hancur. sem 2 hancur. sapa nak sponsor belajar kalau result hancur wei. so, daripada memalukan abang / mama dengan meminta scholarship berdasarkan result yang hancur ni, better aku pilih je dulu UiTM, pastu perform masa sem 1 dan 2, pastu baru apply oversea + scholarship. thats my plan. plan je la dulu, apa apa hal, Allah yang tentukan tu rezeki aku ke tak. Wallahualam. 

hows MUET? MUET was okay laaaaaaah. so-so je result. tak dapat nak puaskan hati Puan, sebab result aku bukan yang dia targeted, not mine also. thats why lahhhh, i hate when people put hopes on me. please dont, kalau tak dapat tunaikan harapan tu, rasa bersalah dia sangatlah besar. sangat! sampai rasa macam nak peluk semua cikgu muet kat sekolah tu, sebab apa yang mereka harapkan, aku takdapat tunaikan. MAAF CIKGU! rasa macam nak tampar diri sendiri (dah tampar dah) sebab tak dapat tunaikan harapan cikgu semua. but i have my second chance! sebab mama bagi peluang untuk repeat exam MUET on this March. wish me luck ya guys! doakan aku dapat better thank before. InsyaAllah. 

kenapa aku ada masa / rajin tetiba nak update ni? hahaha persoalan yang aku tanya pada diri sendiri. tah la aku pun tatau. rasa macam takde sape je yang baca blog ni, but still i insist on writing this whole post using this laptop yang button Y yang macam haromm. maybe sebab terlalu bosan, harini mak tak buka kedai hahaha

oh well, mungkin lambat lagi aku nak buat post yang sebegini, tulisan semata-mata. lepas ni post seperti biasa, gamba semata-mata haha. so for now, bye!


p/s : siapa tahu macam mana nak lepat button reply kat comment? please help!

0 comments:

Post a Comment