Saturday, March 9, 2013

Kan best?


Kan best kalau aku ada kawan lelaki yang aku boleh depends on, boleh cerita semua perkara, boleh menangis kat bahu dia, ada setiap masa aku memerlukan dia, boleh gurau tanpa kira malu dan segan. Kan best kalau aku ada ramai kawan lelaki yang aku boleh berborak dengan diorang tanpa ada perasaan malu dan awkward, boleh ajak keluar lepak. Kan best kalau aku takde perasaan awkward dengan lelaki. 

Ni tak. 

Kawan semua perempuan je. Memang boleh cerita. Tapi mengalahkan Bernama lajunya berita tersebar (except sesetengah orang yang memang aku percaya 100%, i love you guys). Menangis depan mereka nanti mereka kata aku lemah pulak. At least kalau lelaki yang cakap aku lemah, lain sikit perasaan dia. Ya aku memang insan yang lemah aww~. Perempuan kalau bergurau sikit-sikit nak touching tak bertegur sampai seharian, seminggu kadang-kadang sampai sebulan. Korang dah kenal aku kan? Patutnya korang tau la yang ketika itu aku bergurau ataupun tau. Okay lah aku admit. Aku memang bergurau secara kasar. Fine. Aku minta maaf kat sesapa yang pernah tersinggung dengan gurauan aku. 

Aku kalau depan lelaki memang awkward. Tak tahu nak cakap macam mana. Tak tahu nak cakap pasal topik apa. Tetiba depan lelaki aku jadi pelat. Bicaraku melulu. Selalu terburu. Lidahku tebal bagai kepala dibantal~ eh, ter rap pula. Seriously. Depan lelaki memang aku jadi gugup. And things yang aku dah plan nak cakap, lain jadinya/maksudnya pula. Membuatkan orang pelik, "apa kau cakap wei? tak make sense langsung.." or "Bapak aneh budak ni" 

Kalaulah aku takde perasaan awkward dengan lelaki. (isi penting) (10 markah)

Lagi satu masalah aku ialah, terlalu fikirkan sangat tentang perspektif orang lain terhadap diri ini. Terlalu fikirkan sangat apa orang lain fikirkan tentang aku. Nak buat itu, mesti fikir dulu apa orang lain akan respon. Kalau tak respon, apa orang lain akan fikir tentang perkara yang aku nak buat tu. Memang betul, fikir dulu sebelum bertindak itu bagus. Tapi ni kalau dah terlampau berfikir sampai nak update status Facebook pun fikir berejam, padam padam, edit edit, last last tak tulis apa-apa pun. Nak tulis a simple Good Morning pun susah. Takut orang fikir "Budak ni tak pernah bangun pagi ke batak nak update Good Morning bagai kat Facebook" or "Good Morning apanya dah pukul 11 woi (different people different thinking right)" or "Budak jakun Facebook ni ha Good Morning pun nak tulis". Actually kan, wujud ke orang macam ni kat dunia ni? Atau aku je yang psiko fikir sampai tahap macam ni?

Aku memang psiko. Dengar orang berbisik jeling-jeling aku sikit aku dah start fikir yang diorang mengata aku. Bila aku tegur budak ni sikit, pastu kat Facebook dia ada update status marah-marah, kua dah fikir yang dia tengah hangin ngan aku. Padahal sebenarnya aku tak terlibat pun dalam kemarahan dia tu. pastu bila dah ada perasaan bersalah dalam diri, mulalah malu or takut nak tegur orang berkenaan. Pastu mulalah persahabatan menjadi renggang dan akhirnya cold war pun bermula. Asalnya daripada perasaan psiko aku tu je. 

Dan kalau ada diantara anda yang satu kelas dengan aku, jangan lah korang ingat aku ni sombong, kedekut taknak ajar English dalam kelas. Bukan aku taknak tegur kesalahan korang tu. Aku cuma takut korang ingat aku ni kerek dan grammar nazi dalam kelas. Aku takut korang fikir aku berlagak dengan English aku yang tak seberapa ni. English aku cukup-cukup makan je. Puan je yang selalu puji English aku. Tapi actually aku sendiri tak yakin dengan English aku tu. Kalau orang tanya, baru aku jawab. Dan aku pun bukan reti sangat mengajar ni. Cita-cita nak jadi guru tu memang 0% dalam diri. 

Lagi satu, kalaulah aku ni tak mudah nak jatuh hati dekat orang lain. (isi penting) (10 markah)

Haishh.. 

0 comments:

Post a Comment