Monday, December 31, 2012

Acara penutup 2012

Percutian kami sekeluarga ke Beserah, Kuantan sebagai acara penutup tahun 2012. Sesungguhnya, eceh, karangan UPSR sangat ni. Kami bertolak ke Kuantan pada 26 Dis, seram wei, dengan berita kata banjir sana sini, tapi nasib baik 26 Dis tu panas berdenting, seronok sampai hotel je terus lompat masuk swimming pool. Mandi laut memang tak lah, laut bergelora, ombak kuat sangat, panas sangat lagi pun, ada jugak naik sekolah jadi negro kang hihi. 

Kami menetap di Duta Village Beach Resort selama 5 hari 4 malam, tapi tak stay kat chalet, kat bangunan 3 tingkat tu je, dan kami di tingkat 3. Gigih mendaki tiap kali lepas swimming, menggigil gigil lutut. Seperti mana saya perkatakan tadi, aktiviti pertama adalah swimming hehe

Sifu

Hida's attempt to pose under water

my first attempt to pose under water = fail. hahaha tak cukup nafas XD







my second attempt to pose = success!! walaupun muka macak tahan poop hahah










Untung bawak camera Panasonic Lumix Shock & Water Proof, boleh bercamwhoring dalam air bagai hahaha. Hari dah pun senja, gerimis dah pun turun, hujan membasahi bumi pada malam tersebut, takde aktiviti pada malam tersebut, tidur kemain awal sebab letih berenang haha
Juwita pada malam tersebut hihi comel kau nyah

Keesokan harinya kami telah menjejakkan kaki ke pantai Beserah buat pertama kalinya

Tapi makcik sorang ni takut nak pergi dekat sebab ombak kuat sangat katanya.. 
Juwita kemain seronok, nasib tak bagi main pasir, kalau tak mesti dia tak nak balik hotel




kemain jauh..


lepas tu kami bersiap untuk bersiar-siar hihi


Singgah di warung keropok lekor Oh Fatimah dah terjumpa ini, sedap wei walawehh setiap hari mesti makan ni sampai sakit lutut aku, gout lah katakan hihi sotong dia kemain lah besar, udang kemain fresh, manis rasa


hida kemain nak amek gamba sotong 


Juwita baru nak lunch sebab masa kitorang lunch dia bantai mentidoq


dah mula dahhh


pantai kat sini hida berani sikit katanya hahaha 


angin kuat bebeno, tengok Juwita tiru gaya aku


attempting nak lompat, bersungguh tau aku lompat, tapi hida hampeh, semua gambar tak jadi, aku tak puas hati, jadi..


aku suruh dia lompat, haa kau! kan jadi ni! geram je mak


Juwita pun boleh! caya lah kau Juwita!


Bersama atok


Petang tu kami beriadah bermain badminton di court, bawah hotel kami jah


malam tu takde aktiviti, jadi kami bermain Monopoli

pada 28 Dis, takde gambar dalam camera, jadi tiada cerita (sebenarnya tak ingat apa terjadi 28 Dis tu)

29 Dis!! Plan nak pergi ke Kuala Terengganu, melawat Masjid Kristal, tapi on the way tu singgah di Cherating, penyu sanctuary, dulu dah pernah pergi, tapi saja pergi lagi haha








banyak baby penyuuu!




2 / 3 jam selepas tu baru sampai Kuala Terengganu, dengan sesat nya, berpusing pusing tempat yang sama, heh..

 
Zohor + Asar disini



dan tentulah kami masuk dalam Taman Tamadun Islam ni, melihat replica masjid yang ada di serata dunia. 


Tak, kami tak sewa buggy..



antara masjid yang sempat aku snap, banyak snap sebenarnya, tapi gamba banyak gegar sebab..


kami sewa basikal huahuahuaaa hida tipu, basikal tak payah kayuh pun, berenjin punya hahaha





seronok :)

dan pada hari terakhir, iaitu 30 Dis, pagi tu kami pergi swimming pool lagi, sampai pukul 11, dan check out pukul 12, singgah di Bahulu Kak Su, beli bahulu lah apa lagi


ini Nganang, sedap



dan singgah di Pantai Batu Hitam, di tempat kejadian..


ketika Juwita yang sedang demam, sedang seronok meniup belon, hida mencadangkan untuk menangkap gambarnya ketika melompat


inilah hasilnya


dan ini, dan aku juga menginginkan nya, tapi aku tak berharap banyak


akhirnya berjaya, tapi.. aku jatuh, bersujud di pantai tersebut, maaf tiada gambar.. sedih, seluar kotor, berpasir, basah..

lepas tu pergi Tanjung Lumpur pulak, mama kemain semangat nak cari lokan hahaha nasib baik berjaya :D

then, teruskan perjalanan pulang ke Jasin, Melaka. Seronok. 31 Dis, di depan laptop, berehat, sakit lutut harini, susah nak berjalan haha. Nak sediakan mental, lagi 2 hari nak start sekolah, aduhai..





0 comments:

Post a Comment