Wednesday, June 22, 2011

Kisah Pengajaran

Salam semua pembaca..

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..hehehhe.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…Bayangkan benda ini berlaku pada diri korang itu…..

[Image: solat-1.jpg]


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah…tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik “

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu..Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

“Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..Macam mana.. adakah korang rasa lawak dengan cerita di atas tadi itu? Selain terhibur, korang fikir-fikirkanlah…

” Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..’’

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread, share atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? (Macam kena atas batang idung aku je ni..errrrr)

Kenapa gelak? Itu kan realiti.. tapi yang paling lawak sekali..berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain..berapa orang yang akan buka kongsikan ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam..

credit : Fathi

0 comments:

Post a Comment