Tuesday, November 23, 2010

waktu lapang saya . hiiii~

okay sekarang saya free. sebab bos kata nanti die datang jemput pukul sepuluh. buat penat je bangun awal awal bersiap heh~

semalam g melaka. ingat nak cari bag. tapi g bukit beruang, mydin, tesco baru, MITC. tak mungkin ade bag yang macam aku nak. haha. nak beli kain buat bear, but kain tu BAPAK MAHAL. RM99 1 meter.

aku : nak tengok yang ni (cakap kat SA)
SA : yang ni RM99 1 meter
aku : ye , saye tau
aku : ma, kain ni sesuai kan ?
SA : yang ni RM99 1 meter
mama : bolehlahh
SA : yang ni RM99 1 meter
mama : (buat muke) baik beli bear dah siap

SA tu sangat menyakitkan hati. aku cakap sepatah die balas "yang ni RM99 1 meter" ko ingat kalau ko cakap harge aku tak jadi beli ke ha ??! kalau aku dah dapat gaji memang aku beli la wehh. pirahhh~ tapi memang mama cakap kat tempat mahal sket banyakk

jadi, semalam gi melaka takde hasil (bagi aku laa) hanya dapat beli keropok ikan, marshmellow, air berry, n perut kenyang gendang gendut tali kecapi.

okeh nak tunggu bos pukul sepuluh. masa terluang ni boleh tido jap. babai

0 comments:

Post a Comment