Saturday, September 4, 2010

saya marah ni . hishh!

ape perkara yang paling senang buat korang marah? bagi aku macam macam. contohnya
  • tengah concentrate tengok tv , dah sampai klimaks dah ni tetibe orang suruh buat itu ini. tak pun tetibe someone judge cerite tu 'oh watak tu baik rupenye!' padahal die tatau yang watak tu jahat sebab die tak tengok cerite tu dari mula =.=" pastu dah terganggu masa klimaks aku tu kene terangkan kan balek kat die
  • tengah fokus buat kerja yang perlu siap cepat. haaa ni mesti semua orang pun marah kan bile tengah buat kerje in hurry die tanye itu ini or suruh aku rush rush. paling benci kene rush. time tu jugak orang tu kene tempik ngan aku tak kire kawan or family. maafkan saye ye. nak raye dah ni hihii
  • masa tengah tido ! masa kita tengah tido laaaaaa nak buat macam macam dalam bilek aku. suruh itu laa ini laa bukak shower untuk laila mandilaa hape laaa. hey orang nak tido laaaa. ni pun paling buat aku marah. masa tido tu sangat precious tau! kalau dapat sms tu boleh terima sket sebab vibrate die sekejap je. kalau orang call , sorry aku tak angkat haha. bayangkan tengah tido tetiba laila menangis sekuat-kuat hati panggil name aku sebab die kene tinggal masa mama g solat subuh kat masjid. tak ke rase cam nak flying kick je kat die ? lepas tu g skolah mata panda =.="
  • masa aku online. hishh pantang tengok orang duduk senang lepak sket dah suruh buat kerja tau laa aku ni jarang buat kerja kat rumah. 
  • bila kita bagi pendapat tak nak terima , pastu tetibe die gunakan pendapat kita tu , then terus orang lain setuju ! tak ke tu macam harammmmmm je =.=" pffft [ marah apabila hanya bayangkan , speechless jadinya]
  • bila aku cakap sekali tak nak faham or bertindak. ni khas untuk laila. die tu kepala batu marmar tiles raja segala batu! degilnya yaaa amat. cakap berkali-kali pun taknak dengar. tataulaa camna nak ajar die tu hishh
tu je kot buat masa ni. ada 6 contoh perkara yang senang buat aku marah. andd aku denga la aku ni panas baran n senang melenting. ni sume kawan2 aku cakap hokehh. sampai bile salah sorang dari kawan aku gado ngan the other, dowang tak nak aku involve. sampai ati dowang, dowang cakap kang boleh start gaduh besaaa kang. ciss~

andd aku still tatau camne nak kawal kemarahan aku. kalau just marah2 then setel oke laa. tapi marah aku jadi dendam n kadang2 tu sampai naik kaki tangan. aku pena tampa budak yang sebaya ngan aku, penah sepak budak macam2 lagi. haiyoo kang sume takot nak komen blog ni lagi =.="

itu je lah entry buat pagi ni. dah nak g Jasin, nak beli tudung rayaaaa~

p/s : hida , jangan le kamu bersedih lagi ye~ nanti aku blanje ais krim hihi

0 comments:

Post a Comment