Monday, July 12, 2010

kucen ouh kucen :))

Dah jadi trend sekarang di mana memelihara haiwan peliharaan dijadikan salah satu hobi atau ideologi. Mungkin sebab semangat sayangkan binatang yang tinggi atau untuk kelihatan lebih cute dan tampan. Itu terpulang pada individu, aku malas nak campur. Antara jenis binatang yang mendapat sambutan luarbiasa adalah kucing, anjing, hamster, burung, badak sumatera dan ikan emas masak pedas.

Aku dah bertapa selama tiga hari dua malam di salah sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan berjaya merumuskan beberapa sebab kenapa kucing lebih efektif dan sistematik untuk dijadikan haiwan peliharaan berbanding haiwan-haiwan lain.

1) Kucing boleh dilantik sebagai interior designer sesebuah kediaman kerana mempunyai kemahiran dan skill yang tinggi dalam seni cakaran terutama sekali pada sofa, kusyen, perabot, permaidani dan termasuklah pada tangan atau kaki tetamu yang datang mengunjungi kediaman tersebut. Hiasan rumah akan kelihatan lebih abstrak dengan cakaran-cakaran tersebut.

2) Dapat memupuk rasa sabar terhadap si pemilik kucing kerana kucing adalah haiwan yang berpotensi besar untuk berak dan pancut on the spot tanpa peduli di mana dia berada. Nak marah pun tak boleh, sebab kat Malaysia tiada lagi sekolah yang terima kucing sebagai anak murid.


3) Kucing boleh dijadikan alat untuk menangkap tikus di dapur. Sebab apa? Sebab kucing makan tikus, kucing tak makan rusa.

4) Kucing mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Tak ke pelik kalau korang bawa hamster pergi bersiar-siar kat taman depan rumah?

5) Kucing adalah haiwan yang banyak bulu. Bulu-bulu kucing pula selalunya gugur merata-rata. Ada yang marah sebab bersepah dan bulu kucing boleh buat selesema. Kalau korang kaji dalam sikit, ni bukan satu masalah, tapi peluang untuk kaya. Apa kata korang kumpul bulu tu dan buat sweater. Harimau dan beruang pun bebas daripada kepupusan sebab orang dah tak pakai bulu mereka.

6) Korang boleh pura-pura main dan manja dengan kucing kat depan rumah untuk kelihatan gedik dan comel padahal niat utama nak pikat anak jiran sebelah sebab dia handsome. Takkan nak main dengan ikan laga? Tak sesuai.


P/S : Aku tengok nama-nama kucing yang orang letak sekarang common sangat la. Misalnya, Tompok, Comel, Belang, Baby, Blacky dan Nemo. Cuba jadi kreatif sikit. Try kasi nama rare macam Mustaqim, Ahmad Idham, Paula Abdul takpun Edward Cullen. Tak ke style tu?

credits to siapaitusharel :)

0 comments:

Post a Comment